07052018 Review Buku : Kembara di Istanbul (Novel Kanak-kanak)

Assalamualaikum..

Disebabkan xtahu nak buat apa
aku cuba review buku je lah
xpernah2 aku review buku ni
baca je lah ye..

ok..buku pertama..
'Kembara di Istanbul'
(novel kanak-kanak)
karya saudara Thaqib Shaker
orang Malaysia yang belajar di Turki

Buku ini mengisahkan tentang Aman seorang kanak2 bijak yang mendapat keputusan cemerlang
Oleh kerana itu,bapanya ingin memberi hadiah kepada Aman dengan membawa Aman bercuti ke tempat yang disukai.
Disebabkan Aman cukup berminat dengan sejarah Islam, maka Turki menjadi pilihannya walaupon pada mulanya dia menamakan negara yang lain.
Banyak kisah2 menarik yang diceritakan di dalam buku ini,
Mereka ke restoran turki, makan makanan disana.
Nanti siapa2 yang nak bercuti di Turki boleh lah mencari makanan2 yang disebut di dalam buku tu.
Buku ini juga menceritakan percutian mereka di tempat yang penuh dengan sejarah iaitu Aya Sofia.
Suatu hari, Aman telah hilang dari pandangan keluarganya.
Aman bertindak untuk bertenang dan berserah kepada Tuhan 
namun dia juga tidak dapat menahan air matanya daeripada keluar kerana dia masih seorang kanak-kanak.
Mestilah, dia rindu dengan keluarganya kan.
Apakah yang berlaku kepada Aman selepas tu?
Adakah Aman dapat bertemu kembali dengan keluarga ?
(ceh,tiru sinopsis belakang buku ni,..hehe)
Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak yang sentiasa perlu diterapkan dengan nilai2 murni seperti yang ditunjukkan oleh Aman.
Ia jugak memuatkan kisah2 yang berlaku di Turki.
Aku sendiri pon banyak belajar benda baru dalam buku ni
Jadi, bukan kanak2 je boleh baca, yang muda, tua2 pon boleh baca.
Serious banyak benda korang akan tahu
Atau mungkin aku yang baru tahu...
hehehhe..almaklum lah kurang ilmu...
Alhamdulillah, buku ni berjaya menambahkan ilmu pada aku.
Dalam buku ini juga diselitkan juga bahasa Turki.
Jadi sambil membaca boleh lah sambil2 belajar bahasa Turki, dua dalam satu kan.
Cara penceritaannya juga menarik seolah2 berada disana.

oklah , itu je...xdapat nak cerita lebih..
Pendek kata BEST! saya xreti tipu (^_^)


p/s: saja update nak hidupkan balik blog ni
nyawa2 ikan da

No comments:

♥ Pengomen2 CTK ♥

Get this commentators widget

♥ Followers ♥

♥ Kisah Perempuan ♥

♥ Kisah Lelaki ♥

♥ Teman Baru ♥

♥ Surah Hari Ini ♥