esOk, da nak sambut 1 muharram
sape2 yang punyai azam
masuklah cOntest ct yer
hihihih
(sempat agy prOmOt :P)
tapi apa yang penting
hari ini jangan lupa baca
dOa akhir dan awal tahun ye..
----------------------
Doa akhir tahun:
dibaca 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Doa Akhir Tahun

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
-------------------------------
Doa Awal Tahun
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Doa Awal Tahun

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
p/s:
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.
1. Doa akhir tahun sebelum Maghrib dan di awal tahun selepas Maghrib.
2. Selepas solat subuh pada 1 Muharram dianjurkan dibacakan Ayat Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahim pada setiap kali permulaan bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan dipelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa yang bersesuaian.
--------------------------
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullai - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir
credit to :
Tya's Site dan Sitik's Blog
19 comments:
thanks for the information, ct!
dill.
nilah tahun baru utk kita sebenarnya.
akhiri yg lama & mulakan yg baru dgn doa.
*ada azam thn baru..tapi utk contest kena tukar kot..segan pulak sume org tau.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik:)
nice sharing, CTK!!!....hehehee.. cuti pon cuti gak,,, tp ada keje jugak.. xleh ngadap lappy sgt..huhhuuu
(reputasi terjejas)
Salam maal hijrah CT..^^
insyaAllah esok kita smbut awal muharram.. :) sma2 bramal
da masok maghrib jangan lupe bace doa awal tahun pulak :)
terima kasih ct,,untuk ilmu ni :)
:)
sygnya kite mood bulan la...terasa rugi sangat...hurmm tp xsmstinya xdpt doa yg baik2 kan
moga thn baru membawa lebih keberkatan buat kit asemua
selamat maal hijrah ct. semoga2 hari2 mendatang lebih indah.
thanks 4 the info! :)
salam maal hijrah ct :)
thankss ct.
suha ada azam jugak ni. harap berjaya hendaknya. amin.
semoga hari mendatang akan lebih baik. :]
salam maal hijrah ct...
mulakan dengan azam yang baru...insyaAllah..
salam maal hijrah ct=)
salam maal hijrah :)
Post a Comment